9.00 pagi - Sebelum berakhirnya tahun 2011, terpaksalah aku ke Jabatan Kerajaan yang antara tugasnya ialah menyedut "duit rakyat" melalui Cukai Pintu dan Tanah. Bagi aku biarlah aku berhutang dengan bank dari aku terhutang dengan Jabatan-jabatan kerajaan ini. Kalau berhutang dengan bank dah tentu kita akan nampak apa yang dihutangkan tapi kalau dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan ini, hakmilik seperti rumah atau tanah akan di kenakan Cukai. Apatah lagi, kalau terlambat, pelbagai caj dikenakan, antaranya surat waran, satu surat waran, sekurang-kurangnya akan di caj RM300.00. Mereka bukannya kira samada rumah atau tanah itu disewakan atau kosong, yang penting setiap hartanah perlu dicukaikan. Jika rumah di sewakan, LHDN (Mesin Penyedut Terbesar) pula akan mengejar. Mereka tak kira samada kita ada masalah dengan penyewa, yang penting bagi mereka, jika ada penyewa dah tentu kita ada hasil dan hasil itu perlu dicukaikan. Tapi untuk pengetahuan, rumah-rumah tu semuanya kosong kerana aku tak tahan dengan sikap manusia yang dipanggil penyewa.
Satu lagi yang aku pelik, penghuni-penghuni apartment atau kondominium, selain membayar cukai pintu, caj pengurusan juga perlu dibayar. Bil air mereka juga lebih tinggi. Apa yang kerajaan tempatan buat ?.
Proses tukar hakmilik hartanah juga akan dikenakan cukai dan mengambil masa selama setahun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan