Selasa, 15 November 2011

Sejenak di Restoran Sururi

12.15 Ptg : Hari ini, giliran aku memandu bawa rakan-rakan ofis untuk makan tengahari. Pilihan hari ini adalah Restoran Sururi, terletak di penghujung Jalan Pasar di tingkat bawah flat bersebelahan Masjid Alam Shah. Hari ini juga aku nak praktikan 'Camera HandPhone' N8 yang baru aku dapat.

Trademark restoran ini adalah sup. Sup di sini terlalu istimewa kerana dagingnya luruh lembut empuk. Di dalam periuk sup boleh di lihat buah pelaga berenang-renang, lemak-lemak serta urat-urat tengelam timbul. Purata yang datang amat berpuas hati.

Bagi aku yang tidak berminat dengan sup, mempunyai pilihan untuk merasai ikan bakar. Memang sedap, ditambah dengan harga yang berpatutan.. RM6.00. 



2 ulasan: