Isnin, 21 November 2011

Asama Tomyam Pecal Lele

12:15 Petang : Lunch aku bersama rakan-rakan. Tempat terpilih, ialah Asama Tomyam Pecal Lele yang terletak di Jalan Kampung Pandan. Pertama kali datang ke sini, aku rasa tak berselera nak makan sebab makanan kering tak berkuah, cuma disediakan sup. Konsep masakan sama seperti Ayam Penyet. Memang stail Indon makan tak berkuah... mengingatkan aku semasa di Bandung. Rakan-rakan menyebut kedai ini sebagai "Kedai Toman" kerana terdapat seekor ikan Toman yang dipelihara oleh pemilik kedai. 

Semakin kerap datang ke sini, semakin aku rasakan kelazatan Pecal Ayam yang disediakan. Apakan tidak, ayam yang disediakan, digoreng rangup disamping sambal yang sememangnya sedap.



1 ulasan: