Dalam kesibukan rakan-rakan aku mencari kamera terbaik untuk dibeli, aku juga terseret sama mengikut rentak. Setelah puas mencari akhirnya bertemu juga dengan apa yang diminati setelah kami ke Ampang Park.
Setelah G12 menjadi pilihan, kamipun berlumba mancari informasi yang berguna untuk menyokong pilihan kami. Rasanya elok juga aku kongsikan bersama informasi yang telah dikutip ke dalam blog ini. Ini adalah antara produk yang aku tinjau.
Canon PowerShot G12
Kamera kompak canggih yang menawarkan kebebasan kereativiti dan fungsi manual DSLR. Mampu menghasilkan kualiti gambar yang baik dengan sistem HS Canon. Kamera ini menggunakan pemproses Canon DIGIC 4 dengan sensor berkualiti 10MP untuk menghasilkan gambar yang menakjubkan dengan gangguan yang diminimalkan, perincian tajam serta warna yang cemerlang.
Ciri hibrid IS nya, memberikan kestabilan gambar semasa gambar dirakam dalam keadaan bergerak atau bergoyang. Ia merangkumi pelbagai mod pengambilan gambar agar sesuai dengan tahap yang dikehendaki jurugambar. Selain fleksibiliti Manual Penuh dan semi-automatik, Keutamaan Aperture (Av), Keutamaan Shutter (Tv) dan Mod Program AE, kamera ini juga memberi ciri-ciri miniatur dan mod mata ikan (fisheye) untuk mereka yang inginkan gambar yang kreatif. Ciri-ciri lain yang penting adalah julat ISO yang tinggi serta skrin 2.8 inci Vari-Angle PureColor II VA (TFT). Terdapat juga aksesori WP-DC34 untuk rakaman dasar laut.
WP-DC34 boleh juga disesuaikan dengan PowerShot G11 |
Dilancarkan pada Disember 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan