Sabtu, 3 Disember 2011

Jalan-jalan Hujung Minggu

3:00 petang : Hari ini lepas kerja, aku berjalan-jalan ke KLCC. Terlihat banner "PC FAIR". Akupun ke "KLCC Convention Centre". Bukan main ramainya orang yang datang. Aku bukannya berminatpun tentang PC Fair ni. Banyak cerita yang aku dengar tentang barang yang dibeli lepas 3 bulan je rosak dan ada kes nak cari kedai yang menjual pun tak wujud. Masa beli resit dikeluarkan atas nama kedai serta alamat tapi bila pergi alamat dan no. talifon tak wujud. Jadi berhati-hatilah....Aku datang ke sini pun setakat nak lihat apa-apa perkembangan kalau ada 'apa-apa yang baik punya' tapi biasa2 je. Selain tu, ramai juga jurukamera yang tak rasmi. Masing2 dengan DSLR dan lensa bidang besar. Aku cuma bawa handphone Nokia N8. Jadilah ...


4.00 petang : Selepas ronda "PC Fair" di KLCC Convention Centre, aku jalan2 ke sekitar KLCC. Wah, bukan main hebat hiasan Krismas yang terdapat di ruang tengah KLCC Suria. Mengalahkan hiasan untuk Hari Raya samada Aidilfitri atau Aidiladha. Kalau semasa Aidilfitri, ala kadar je dan kalau Aidiladha, langsung tak adalah. Aku jadi keliru, samada Aidifitri atau Krismas yang menjadi sambutan terpenting di Malaysia. Aku rasa malu dan hampa. Mungkin segelintir antara kita merasa bangga kerana atas dasar kemajuan, kita rai dan puja perayaan orang lain melebihi dari yang sepatutnya.


4:20 : Cepat betul masa berlalu, waktu Asar muncul. Aku singgah Masjid Asy-Syakirin. Selepas melunaskan kewajipan, aku melangkah pulang. Menyeberang jalan hadapan KLCC, aku terserempak bas "Rapid KL". Terpampang perkataan "Pandan Mewah" di kepala bas. Sebenarnya, hari ini adalah hari pertama aku cuba naiki bas. Tak pernah pun aku naik Bas "Rapid KL". Rasa kekok lak. Aku cuba bertanya pada pemandu bas, "Pandan Mewah kat Hospital Ampang ke ?" tapi pemandu bas tidak menunjukkan reaksi tapi terus mengeluarkan resit. Pekak agaknya, Di resit tertera RM1.90. aku keluarkan RM2.00 tapi baki 10 sen tidak dipulangkan... kira hanguslah... Sikap pemandu bas membuatkan aku rasa cuak...

Semasa di dalam bas pulak, aku lihat berbagai ragam orang. Di sebelah aku seorang veteran Melayu terlentok-lentok (mengantuk). Beliau baru je balik dari "PC FAIR". Aku cuba berborak. Cuma dengan satu ayat pembuka kata tapi aku menerima lebih 20 ayat jawapan. Ramah betul Pak Cik ni. Di belakang pula Minah Indon berborak dan di sebelah pula awek Cina berskirt pendek. Teserlah paha yang putih melepak. (Ini mengingatkan aku kepada satu ayat, "Orang Kampung pagi petang tengok paha lembu / kerbau tapi orang KL pagi petang tengok paha orang). Awek Cina ni juga berborak di dalam bahasa mereka.. sepatah harampun aku tak faham.

Alunan dari 3 bahasa membuatkan aku rasa pening. Untuk mengimbangi keadaan, aku perhatikan keadaan di hadapan. Ada Mat Bangla yang ala-ala Amir Khan. Kelakar aku lihat Mat Bangla ni tapi memang ada stail. Ada juga sepasang boy/girfriend berdiri di depan. Boyfriend handsome tapi seluar nampak separuh bontot dengan spender bercorak (fesyen Generasi Y kot) dan girlfriend tak cun langsung tapi buat manja-manja.. alahai....

Sibuk perhati orang, sedar-sedar aku dah sampai di Hospital Ampang, betul-betul sebelah rumah. Eh, syoknya, lain kali bolehlah aku naik bas dan perhatikan bahasa ragam orang di KL.......
 
Maaf ehhh... pasal gambar dalam bas tu, tak leh share, rasa malu pulak nak letak ....

p/s Dari KLCC ke rumah aku, kalau dengan bermotorsikal cuma mengambil masa 15 minit dan berkereta cuma 30~40 minit tapi naik bas 80 minit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan