Sabtu, 24 Disember 2011

Coretan Hujung Minggu

10.00 Malam - banyak juga aktiviti aku hari ini, tapi tak larat aku nak tulis dan kongsikan (mungkin boleh dikongsikan kemudian). Begitu juga, banyak imej yang aku dapat dengan PoweShot G12. Cukuplah setakat aku kongsikan aktiviti aku dari jam 10.00 malam...dari aku makan durian (eeerg..sedawa durian lak), pas tu makan Domino Pizza..uhh cukup sedap sebab free...adik-adik ipar aku yang belanja....dan akhirnya tersadai di Kerusi Terapi Elektrik. Kerusi ni bukan dari Al-Jabbar tapi di impot terus dari Jepun sebab masa tu Al-Jabbar pun tak buat bisnes ni....

p/s..kekadang aku terfikir, walaupun ada mesin terapi, urut atau senaman serta perbagai makanan tambahan yang didakwa boleh awet muda atau sihat, manusia tetap akan mendapat sakit atau mati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan