Ahad, 4 Disember 2011

Jalan-jalan Hujung Minggu

8.30 pagi : Hari ini seperti hari2 minggu yang lepas, aku hantar anak perempuan aku berdua tu belajar berenang. Selepas hantar dorang, hari ni aku nak ke Mydin, Jalan TAR. Senang betul nak letak kereta, tak perlu nak cari. Memang seronok jalan waktu pagi2 di Jalan TAR. Tiada saingan nak letak kereta ataupun nak pergi makan.

Sementara menunggu Mydin buka pada pukul 9:30 pagi, aku pergi sarapan. Terdapat banyak gerai makan tapi aku pilih sebuah restoran bernama Restoran Yaseen di Jalan Masjid India. Restoran kelihatan gah tapi capati & tosei pun tak ada. Yang ada cuma roti canai je.. Jadilah untuk alas perut.

Masjid_IndiaDi dalam restoran lak ramai orang yang kelihatan seperti orang Melayu tapi berbual dalam bahasa yang aku tak faham. Setelah salah sorang dari mereka keluar ke arah kereta berplat pendaftaran Singapura, barulah aku tahu, ramai orang2 Singapura yang suka bershopping dan menyewa hotel sekitar sini.


Masjid_India9.00 pagi : Mydin tak buka lagi...aku berjalan2 di sekitar Jalan Masjid India.  Di sini terdapat Masjid India, Wisma Yakin, Bazar, Deretan kedai dikenali sebagai "Malay  Mansion" dan "Selangor Mansion".  Apabila berjalan di sini, banyak memori yang menggamit di fikiran aku.    Masjid_India




Masjid_India
Banyak gerai jualan yang baru di buka. Sempat juga beli si kecil ni baju dan layan beli aksesori handphone.

Dah pukul 9.30, Mydin dahpun buka. Di pintu masuk, pelanggan disambut dengan Ucapan Selamat Pagi dari staff Mydin. Berbeza betul dengan layanan di TESCO. Rasa tak puas berjalan di Mydin KL ni.. sempit betul tempatnya. Minggu depan aku nak pergi Mydin Subang Jaya lak..

p/s kalau nak beli barangan elektronik & letrik, kena hati2 sebab kualiti kurang tapi barangan runcit dan sekolah agak ok.

Selepas jalan2, anak aku berdua tu talifon suruh ambil. Katanya kelas renang dah habis.

10.00 pagi : Selepas  ambil anak2, aku ke Pusat Pelancungan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang. Aku difahamkan ada  acara "Batik Fun Walk" yang bermula pada 6.30 pagi dan dituruti dengan "Batik Mosaic" dari jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam. 

Batik_Funwalk+MATIC

Bersambung ..selepas ini aku ke Pusat Seni Budaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan