8.30 pagi - Seperti biasa aku hantar anak-anak pergi belajar berenang. Sebelum itu kami bersarapan di Desa Pandan. Inilah tempat persinggahan aku setiap pagi sebelum pergi ofis. Di sini jugalah aku berjumpa perbagai ragam manusia dan berita semasa sebelum memulakan tugas aku di pejabat.
Selepas menghantar mereka, aku singgah di Tesco Ampang. Acara Karnival Mesra Belia masih berlangsung. Acara basikal dan larian marathon dah lepas. Masa aku sampai, Acara melukis dan mewarna untuk kanak-kanak sedang berlangsung.
Selepas menghabiskan masa selama dua jam di sini, aku melangkah pergi untuk mengambil anak-anak dari kolam renang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan