Sabtu, 31 Disember 2011

Tutup Blog

Tahun 2011 bakal berakhir dan tahun 2012 akan bermula. Begitu juga www.melangkahalam.blospot.com. Ini merupakan post terakhir aku di dalam blog ini. Begitu banyak kisah perjalanan dan foto-foto yang ingin aku kongsikan tetapi cukuplah setakat ini....
 Mohon maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa semasa menulis

Untuk membaca lagi, sila ke
www.likualam.blogspot.com

Selamat Tahun Baru dan 
Selamat Tambah Umur

Khamis, 29 Disember 2011

Segalanya Cukai !

9.00 pagi - Sebelum berakhirnya tahun 2011, terpaksalah aku  ke Jabatan Kerajaan yang antara tugasnya ialah menyedut "duit rakyat" melalui Cukai Pintu dan Tanah. Bagi aku biarlah aku berhutang dengan bank dari aku terhutang dengan Jabatan-jabatan kerajaan ini. Kalau berhutang dengan bank dah tentu kita akan nampak apa yang dihutangkan tapi kalau dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan ini, hakmilik seperti rumah atau tanah akan di kenakan Cukai. Apatah lagi, kalau terlambat, pelbagai caj dikenakan, antaranya surat waran, satu surat waran, sekurang-kurangnya akan di caj RM300.00. Mereka bukannya kira samada rumah atau tanah itu disewakan atau kosong, yang penting setiap hartanah perlu dicukaikan. Jika rumah di sewakan, LHDN (Mesin Penyedut Terbesar) pula akan mengejar. Mereka tak kira samada kita ada masalah dengan penyewa, yang penting bagi mereka, jika ada penyewa dah tentu kita ada hasil dan hasil itu perlu dicukaikan. Tapi untuk pengetahuan, rumah-rumah tu semuanya kosong kerana aku tak tahan dengan sikap manusia yang dipanggil penyewa.

Satu lagi yang aku pelik, penghuni-penghuni apartment atau kondominium, selain membayar cukai pintu, caj pengurusan juga perlu dibayar. Bil air mereka juga lebih tinggi. Apa yang kerajaan tempatan buat ?.

Proses tukar hakmilik hartanah juga akan dikenakan cukai dan mengambil masa selama setahun

Selasa, 27 Disember 2011

Canon EOS 1100D

Atas permintaan seorang rakan.... selepas aku mencari, akhirnya dapat juga tawaran harga kamera Canon EOS 1100 serta pemberian aksesori yang agak memuaskan.

Berikut adalah tawaran yang diberikan. Kepada yang berhajat bolehlah hubungi Tony di Digital Mania, No. Telefon 03-21425191 dari 10 pagi - 8 malam.

2Yrs Msia Warranty Canon EOS 1100D + 18-55mm Lens + 6 FREE GIFT



Description & Specifications :
The new Canon 1100D camera is equipped with a 12 Megapixel CMOS sensor and a powerful 
DIGIC 4 Canon EOS 7D. Powerful settings and innovative picture solutions have found their way 
to the Canon 1100D SLR camera. The new Canon 1100D is a remarkable rich-featured entry-level 
SLR camera.

Summary of Specifications
Dimensions: Approx. 129.9 x 99.7 x 77.9mm
Weight: Approx. 495g
Effective pixels: 12.2 megapixels
Imaging engine: DIGIC 4
Recording media: SD/SDHC/SDXC
AF points: 9
ISO speed: 100-6400
Movie recording resolution: 1280x720
Movie recording framerate: 30/25 fps

Contens :
1pcs - Canon EOS 1100D Camera Body.
1pcs - Canon EF-S 18-55mm f3.5-5.6 IS II Lens.
1pcs - Canon LP-E10 battery.
1pcs - Battery Charger.
1pcs - Cable.
1pcs - Wide Neck Strap.
1pcs - Rear Cap.
1pcs - Lens Cap.
1pcs - Software.
1pcs - FREE Octopus Ultra Slim Pro Digital 58mm UV Filter.
1pcs - FREE Sandisk 4GB SDHC Card.
1pcs - FREE Octopus Cleaning Kit.
1pcs - FREE LCD Protector.
1pcs - FREE Canon Sling Bag.
1pcs - FREE Octopus Platinum LP-E10 Battery.
2pcs - Canon Malaysia Warranty Card.
1pcs - FREE Tripod. (Extra Free Gifts!! Only for Walk in Customer!!)

Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

11.00 - Aku ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sri Hartamas 1, off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia pada kedudukan koordinat GPS N3 10.057 E101 40.057. Tempat yang agak selesa dan segala urusan pendaftaran pengenalan diri boleh dilakukan di sini.

Senaman

7.00 Pagi - Dah tiga hari cuti berlalu tapi tiga hari tu terasa seperti sehari. Aku tetap teruskan cuti hinnga akhir tahun. Aku lihat ramai orang sekelilingku yang entah bila mereka bekerja tapi hidup mewah. Aku yang hidup terikat dengan masa bekerja, tak mewah juga tapi alhamdulillah masih hidup lagi. Hari ini aku berbasikal keliling taman perumahan. Aku lihat ramai kaum berbangsa Cina yang melakukan senaman, tapi malangnya, Melayu langsung tak ada. Kemana mereka ye.. masih tidur, pergi kerja atau lepak kat kedai mamak membaca suratkhabar ?. Nasiblah.. pagi-pagi dah pekena ngan berita suratkhabar sambil menambah penyakit ngan teh tarik dan roti canai .....


Isnin, 26 Disember 2011

United Buddy Bears World Tour, Pavillion, KL

8.00 pagi - Aku bergegas ke Pavillion KL untuk merakam imej "Buddy Bear" di Pavilion KL. Pada waktu pagi begini, jalan-jalan sekitar KL agak lengang. Perjalanan berkereta sejauh 11km dari rumah aku ke Pavillion cuma mengambil masa 15 minit. Sesampai di sana pun, aku hanya letak kereta di tepi jalan. Aku cuba ke dua-dua kamera D90 dan G12 aku. ..Nah nilah hasilnya...

Buku-buku Canon PowerShot G12

Setelah menggunakan Canon PowerShot G12, bolehlah aku katakan, ia taklah sehebat DSLR tetapi boleh diklasifikasikan sebagai kamera kompak yang hampir kepada ciri-ciri DSLR. Salah satu yang aku sukakan G12 ini, adalah mudah bawa dan imej yang boleh diambil dari pelbagai sudut.

Untuk memantapkan pengetahuan mudahguna serta menghasilkan gambar yang lebih menarik bolehlah membaca buku-buku berikut yang boleh diperolehi di Kinokuniya, KLCC yang menerangkan fungsi dan cara menggunakan Canon PowerShot G12.

p/s - AL, cuba cari, kalau-kalau boleh download.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Canon PowerShot G12 (Magic Lantern Guides)
Canon PowerShot G12 (Magic Lantern Guides)By Burian, Peter K.

Publisher : Lark Books
Published Date : 2011/06
ISBN : 9781454701361

BookWeb Price : MYR 56.95

Book Description
Source: ENG
Academic Descriptors: A06203650 A93654000
Place of Publication: United States
Continuations: Monograph Series,any number
Subject Development: Techniques
Textual Format: Pictorial Treatment
Academic Level: Extracurricular
Review:
Baker & Taylor Newly Released Computer Titles - January 2002 - Ongoing
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Canon Powershot G12 (The Expanded Guide)Canon Powershot G12 (The Expanded Guide) (Paperback)
By Taylor, David

Publisher : Ammonite Pr
Published Date : 2011/04
ISBN : 9781907708091


BookWeb Price : MYR 75.80

Book Description
Source: ENG
Subject Development: Techniques
Review:
Baker & Taylor Newly Released Computer Titles - January 2002 - Ongoing
Baker & Taylor Best-seller And Forthcoming Computer Titles - January 2000 - Ongoing
Shelf Worthy - Adult - Summer 2011
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

David Busch's Canon Powershot G12 : Guide to Digital PhotographyDavid Busch's Canon Powershot G12 : Guide to Digital Photography
(Paperback)
By Busch, David D. / White, Alexander S.

Publisher : Course Technology Ptr
Published Date : 2011/02
ISBN : 9781435459502

BookWeb Price : MYR 119.9

Book Description
Source: ENG
Subject Development: Techniques
Textual Format: Computer Applications
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Canon Powershot G12 : From Snapshots to Great Shots (From Snapshots to Great Shots)Canon Powershot G12 : From Snapshots to Great Shots
(From Snapshots to Great Shots)(Paperback)
By Carlson, Jeff

Publisher : Peachpit Pr
Published Date : 2011/01
ISBN : 9780321771612

BookWeb Price : MYR 79.50

Book Description
Source: ENG
Subject Development: Techniques
Review:
Baker & Taylor Newly Released Computer Titles - January 2002 - Ongoing
Baker & Taylor Best-seller And Forthcoming Computer Titles - January 2000 - Ongoing
Shelf Worthy - Adult - Summer 2011

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, 24 Disember 2011

Ke Bandung, Indonesia

11.30 pagi - Sekali lagi aku ke LCCT, untuk menghantar famili aku ke Bandung, Indonesia.  Dalam perjalanan ke LCCT, aku tersilap arah dengan meggunakan laluan PLUS Highway. Apalagi, aku terperangkap dengan mereka yang sedang berkemaruk nak balik kampung ataupun bercuti. Ini adalah fenomena biasa yang melanda apabila musim cuti tapi aku terlupa.


Rasanya, baru saja mereka ke London (lihat post sebelum) tetapi masa ini, Pak Ngah tidak turut serta tapi anak sulung aku menemani kedua mertua aku ke sana. Semasa menunggu waktu penerbangan pada pukul 1.00 petang, sempatlah aku merakam aktiviti mereka.




 

Coretan Hujung Minggu

10.00 Malam - banyak juga aktiviti aku hari ini, tapi tak larat aku nak tulis dan kongsikan (mungkin boleh dikongsikan kemudian). Begitu juga, banyak imej yang aku dapat dengan PoweShot G12. Cukuplah setakat aku kongsikan aktiviti aku dari jam 10.00 malam...dari aku makan durian (eeerg..sedawa durian lak), pas tu makan Domino Pizza..uhh cukup sedap sebab free...adik-adik ipar aku yang belanja....dan akhirnya tersadai di Kerusi Terapi Elektrik. Kerusi ni bukan dari Al-Jabbar tapi di impot terus dari Jepun sebab masa tu Al-Jabbar pun tak buat bisnes ni....

p/s..kekadang aku terfikir, walaupun ada mesin terapi, urut atau senaman serta perbagai makanan tambahan yang didakwa boleh awet muda atau sihat, manusia tetap akan mendapat sakit atau mati.