Ahad, 10 April 2011

Durian ! Oh Durian ! - Durian Raub

Hari ini bakal tertunailah hasrat aku yang telah lama terpendam, sejak 1996 lagi iaitu teringin nak makan durian Raub, ha...macam mengidam pulak. Famili aku berhasrat nak ke Raub sebab nak menikmati rasa durian Raub. Kebetulan salah seorang dari ahli keluarga mempunyai rumah kosong di Felda Sungai Koyan.

Sepanjang perjalanan di dalam kawasan Raub, bau durian menyusuk hidung….eemmm tak sabar nak rasa durian Raub. Banyak juga kenderaan dan mat-mat motor menyongsang arus perjalanan. Agaknya mereka ni nak balik selepas puas menikmati keenakan durian. Sampai sahaja di depan rumah kosong yang aku kata tadi, bau busuk pula menyengat hidung. Setelah pintu terbuka terbuka, bangkai biawak sepanjang dua kaki terbujur di depan pintu. Aku meloya nak termuntah tapi tak jadi sebab kagum melihat adik-adik aku berusaha untuk membersihkan bekas bangkai dan melupuskan bau bangkai. Bagus betul dorang ni..terutama dalam bab-bab gotong-royong. Terkejat jugalah aku dan hilang selera nak makan durian.

Selepas bersihkan bangkai biawak, mereka pergi ke kebun durian. Lama juga sebab durian yang keluar dari kebun habis di tempah. Berbakul-bakul durian yang ada tetapi semuanya menjadi milik orang. Mujurlah ada sebakul durian baru keluar dan belum ditempah. Haa..bakal menjadi habuan kami. Aku sejak tadi lagi, masih belum berselera kerana bau bangkai masih menyengat hidung. Perlahan-lahan bau durian menggantikan bau bangkai, begitu jugalah selera aku. Pesta durian pun bermula. Korang lihatlah gelagat peminat-peminat durian.

Setelah merasa durian Raub, aku akui rasanya memang sedap dan yang penting tiada bahan kimia. InyaAllah, jika ada peluang aku nak mencuba lagi.

Nasihat aku, kalau nak menikmati durian Raub, datanglah awal pagi. Pasal tulah semasa datang tadi ramai yang menyongsang arus dengan aku. Agaknya mereka ni datang awal-awal pagi selepas mendengar nasihat aku.. agaknyalah....

Sabtu, 29 Januari 2011

Sepetang di Tugu Negara

2:30 Petang :  Petang ni teringin pula nak jalan-jalan ke Tugu Negara. Berdekatan kawasan ini terdapat Taman Arca Asia (Asian Sculpture Garden) dan Padang Merbok.

Untuk penjelasan dari Wikipedia sila klik sini. dan Perpustakaan Negara Malaysia sila klik sini.

Rabu, 29 Disember 2010

Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT), Umbai Baru, Melaka

04.00 Petang : Setelah habis berurusan di Pusat Rawatan Rohaimi, aku cuba mencari sesuatu yang istimewa berhampiran dengan pusat rawatan ini. Untuk keterangan lanjut mengenai Pusat Rawatan Rohaimi sila klik di Sini

Akhirnya aku terjumpa Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT). Suatu tempat yang agak menarik juga. Pada masa kedatangan aku, kedai-kedai yang ada baru dibuka. Majoriti kedai di sini akan dibuka dari jam 5 petang sehingga 12 malam.

Sabtu, 18 Disember 2010

Sejenak di Dataran Ipoh

11.00 malam : Selepas ke Taman Rekreasi Gunung Lang, aku ke Dataran Ipoh. Meriah betul suasana di sini. Yang menarik perhatian adalah pertunjukan kereta yang diubahsuai terutama pada audio dan perbagai gerai makan.

Dah pukul 02.00 pagi, esok aku nak sambung perjalanan ke Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping dan Kuala Sepetang. Jumpa esok di Zoo Taiping ...

Syoknya ke Taman Rekreasi Gunung Lang

03.00 petang : Percutian aku bermula pada hari ni sehingga esok. Bermula untuk memenuhi suatu jemputan kenduri perkahwinan di Sungai Siput. Tak pernahpun aku jejak kaki ke Sungai Siput, cuma dengar nama je, itupun kerana tempat asal Samy Vellu. Untuk gambar kenduri kahwin tu, aku tak upload, tapi kalau nak, boleh request... 

Selepas selesai hal kenduri, adalah seorang teman ajak ke suatu tempat, katanya "tempat best"... Apa lagi, aku yang suka mengembara, ikutlah sambil tertanya-tanya..."Bagus ke tempatnya ???"... Haaa.. Bila sampai, terpegun juga aku tentang keunikan tempatnya... nampaklah gua batu kapur dan tasik yang menghening. Selama ni aku cuma lihat gua batu kapur dan disebelahnya kuil Hindu...haha......Batu Cavelah tuu... 

Dengan pemandangan yang indah dan tenang, akupun tak nak ketinggalan merakam gambar disamping rakan-rakan yang berposing sakan untuk bergambar. 

Ringkasnya, kalau sampai Ipoh, jangan lupa ke sini...Memang Best tempat ni..... Kalau tak percaya sila lihat gambar yang aku kepilkan di muka blog ni. 

Untuk penerangan dari Wikipedia Sila klik di sini dan Majlis Perbandaran Ipoh Sila klik di sini.

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

03.00 petang : Percutian aku bermula pada hari ni sehingga esok. Bermula untuk memenuhi suatu jemputan kenduri perkahwinan di Sungai Siput. Tak pernahpun aku jejak kaki ke Sungai Siput, cuma dengar nama je, itupun kerana tempat asal Samy Vellu. Untuk gambar kenduri kahwin tu, aku tak upload, tapi kalau nak, boleh request...

Selepas selesai hal kenduri, adalah seorang teman ajak ke suatu tempat, katanya "tempat best"... Apa lagi, aku yang suka mengembara, ikutlah sambil tertanya-tanya..."Bagus ke tempatnya ???"... Haaa.. Bila sampai, terpegun juga aku tentang keunikan tempatnya... nampaklah gua batu kapur dan tasik yang menghening. Selama ni aku cuma lihat gua batu kapur dan disebelahnya kuil Hindu...haha......Batu Cavelah tuu...

Dengan pemandangan yang indah dan tenang, akupun tak nak ketinggalan merakam gambar disamping rakan-rakan yang berposing sakan untuk bergambar. Ringkasnya, kalau sampai Ipoh, jangan lupa ke sini...Memang Best tempat ni..... Kalau tak percaya sila lihat gambar yang aku kepilkan di muka post ini.