Ahad, 11 Disember 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh



Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru dari jam 8.04 sehingga 9.54 malam
Gerhana Bulan Penuh yang terakhir pada tahun ini berlaku  pada 10 Disember, bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi. Ramai rakyat Malaysia berkesempatan melihat Gerhana Bulan Penuh ini dan akan dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.

Gerhana Bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.

Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.

Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini. Bulan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan