Sabtu, 18 Disember 2010

Syoknya ke Taman Rekreasi Gunung Lang

03.00 petang : Percutian aku bermula pada hari ni sehingga esok. Bermula untuk memenuhi suatu jemputan kenduri perkahwinan di Sungai Siput. Tak pernahpun aku jejak kaki ke Sungai Siput, cuma dengar nama je, itupun kerana tempat asal Samy Vellu. Untuk gambar kenduri kahwin tu, aku tak upload, tapi kalau nak, boleh request... 

Selepas selesai hal kenduri, adalah seorang teman ajak ke suatu tempat, katanya "tempat best"... Apa lagi, aku yang suka mengembara, ikutlah sambil tertanya-tanya..."Bagus ke tempatnya ???"... Haaa.. Bila sampai, terpegun juga aku tentang keunikan tempatnya... nampaklah gua batu kapur dan tasik yang menghening. Selama ni aku cuma lihat gua batu kapur dan disebelahnya kuil Hindu...haha......Batu Cavelah tuu... 

Dengan pemandangan yang indah dan tenang, akupun tak nak ketinggalan merakam gambar disamping rakan-rakan yang berposing sakan untuk bergambar. 

Ringkasnya, kalau sampai Ipoh, jangan lupa ke sini...Memang Best tempat ni..... Kalau tak percaya sila lihat gambar yang aku kepilkan di muka blog ni. 

Untuk penerangan dari Wikipedia Sila klik di sini dan Majlis Perbandaran Ipoh Sila klik di sini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan