Selasa, 27 Disember 2011

Senaman

7.00 Pagi - Dah tiga hari cuti berlalu tapi tiga hari tu terasa seperti sehari. Aku tetap teruskan cuti hinnga akhir tahun. Aku lihat ramai orang sekelilingku yang entah bila mereka bekerja tapi hidup mewah. Aku yang hidup terikat dengan masa bekerja, tak mewah juga tapi alhamdulillah masih hidup lagi. Hari ini aku berbasikal keliling taman perumahan. Aku lihat ramai kaum berbangsa Cina yang melakukan senaman, tapi malangnya, Melayu langsung tak ada. Kemana mereka ye.. masih tidur, pergi kerja atau lepak kat kedai mamak membaca suratkhabar ?. Nasiblah.. pagi-pagi dah pekena ngan berita suratkhabar sambil menambah penyakit ngan teh tarik dan roti canai .....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan