Rabu, 21 Disember 2011

Olympus PEN E-PL3


Masih lagi berkisahkan kamera ....

E-PL3 dibina khas untuk semua golongan dan peringkat umur yang ingin menggunakan kamera dengan mudah tetapi inginkan kualiti seperti DSLR.

SELEPAS bertahun-tahun anda mengumpul wang untuk menjelajah satu destinasi yang sudah lama anda inginkan sebagai contoh ke Eropah, pastinya persediaan rapi sudah dilakukan. Sampai masanya anda pun berlepas ke destinasi berkenaan. Tiba di situ, anda mula merakamkan persekitaran dengan kamera Lensa Refleks Tunggal Digital (DSLR) yang baru sahaja anda beli di Kuala Lumpur.

Olympus PEN E-PL3
Sebelum pergi, mungkin anda ada bertanya kepada rakan-rakan mana yang lebih baik, menggunakan kamera kompak atau DSLR. Dan majoriti pasti akan mengatakan DSLR, kerana kualiti dan kecanggihan kamera itu. Memikirkan ini merupakan satu perjalanan once in a life time, anda membeli DSLR dan belajar sedikit cara-cara penggunaan yang agak kompleks melalui penjual di kedai kamera berkenaan. Sepanjang mengetik butang pengatup kamera itu, hasil yang dipaparkan pada skrin LCD di belakang kamera amat menakjubkan. Warna yang dipaparkan pun cukup menarik. Kebetulan, anda tidak membawa komputer riba dan hanya berharap kepada hasil yang dipaparkan di skrin LCD itu sahaja.

Kembali ke Malaysia, hasil fotografi dengan DSLR anda dimuat naik ke komputer untuk membuat pilihan. Namun alangkah terkejutnya anda selepas melihatnya di skrin yang lebih besar. Gambar yang anda rakamkan tidak sama dengan hasil yang dilihat di skrin LCD. Warna dan ketajaman gambar tidak menunjukkan ia dirakamkan melalui kamera DSLR. Daripada ribuan gambar yang anda rakamkan, hanya beberapa sahaja yang boleh digunakan dan dianggap terbaik bagi seorang amatur. Yang terbaik itu pula bukan rakaman yang anda mahukan. Bayangkan ini terjadi kepada anda. Satu mimpi ngeri yang tidak boleh anda lupakan sepanjang hayat.
 
Kepada yang belum menceburi bidang fotografi menggunakan kamera DSLR, kemungkinan senario ini akan memberikan igauan kepada mereka yang ingin bercuti. Sebenarnya, pengguna kamera DSLR perlu memahirkan diri dengan pelbagai tetapan yang ada pada kamera berkenaan. Dan amat bahaya jika meminta penjual kamera itu menetapkan semua tetapan kepada kamera DSLR untuk ‘menyenangkan’ anda dalam merakamkan gambar kerana suasana di Malaysia dan negara lain adalah berlainan.

Harus diingat, menggunakan kamera DSLR memerlukan anda mahir dalam segala segi dan jika anda mahir, sudah pasti hasil yang diberikan amat memberansangkan. Apa pun, semua itu kini hanyalah mimpi buruk kepada sesetengah orang kerana Olympus, pelopor kamera sistem atau lebih dikenali sebagai kamera Electronic Viewfinder Interchangeable Lens (EVIL) berjaya mereka bentuk sebuah kamera yang lebih kecil namun disaratkan dengan pelbagai ciri-ciri DSLR.

Lebih menarik, dengan kualiti DSLR, Olympus model PEN E-PL3 ini tidak dibebankan dengan pelbagai tetapan yang perlu diadjust sebelum merakamkan gambar. Percutian anda akan lebih mudah, ringkas dan seronok selain selesa menggunakan kamera yang hanya mempunyai berat 313 gram itu. Malah dengan kamera sekecil itu, selain lensanya boleh ditukar ganti, turut membolehkan anda merakamkan video dengan kualiti definasi tinggi penuh (Full HD).

Ini bermakna, semua destinasi yang dilawati selain aksi anda semasa percutian tidak akan terlepas. Yang perlu hanyalah menggunakan kad memori berkapasiti tinggi untuk membolehkan ribuan foto serta klip video dimuatkan sepanjang percutian. Lebih menarik PEN E-PL3 ini turut didatangkan dengan fungsi manual dan automatik termasuk fungsi mesra pengguna iAuto yang hanya memerlukan anda menekan satu atau dua butang untuk menghasilkan gambar hebat. Penulis yang turut berpeluang menggunakan kamera ini mencubanya dengan fungsi mesra pengguna iAuto sepenuhnya dan terkejut dengan hasil yang diberikan. Warna yang dihasilkan amat menakjubkan. Tanpa perlu melakukan banyak pelarasan dan hanya memerlukan paling banyak tiga langkah dilakukan, hasil yang dikeluarkan E-PL3 amat memberansangkan. Lebih menarik, E-PL3 yang amat cepat berfungsi sebaik sahaja butang ON dihidupkan, didatangkan dengan penuras seni yang cukup menarik hasilnya bila digunakan.

Sebagai contoh penggunaan penuras seni Diorama yang akan menghasilkan foto yang menggambarkan subjek di dalam model miniatur. Selain penuras seni, E-PL3 juga dilengkapi sebanyak 23 mod pemandangan yang amat sesuai digunakan semasa bercuti. Semua ini sesuai digunakan dengan mudah semasa percutian tanpa memerlukan anda melakukan pelbagai ubah suai pada kamera.

Ini akan memberikan keriangan semasa percutian tanpa perlu runsing dengan hasil fotografi anda. PEN E-PL3 dijual dengan harga RM3,199 bersama-sama lensa zum 14-42mm. 

Untuk maklumat lanjut mengenai PEN E-PL3, sila layari www.olympusimage.com.my.

Untuk melihat perbandingan Canon PowerShot G12 dan Olympus E-PL1 dalam High ISO Noise sila ke http://www.cameralabs.com/reviews/Canon_PowerShot_G12/high_ISO_noise.shtml 

*Lihat hasil video E-PL3 di http://bit.ly/protonev1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan