Selasa, 20 Disember 2011

Canon PowerShot G12

9.00 malam - Masih berkisahkan 'Preview' Canon PowerShot G12. Hari ini aku kuatkan semangat untuk ke Canon Lifestyle Concept Store di Level 3 Ramlee Mall, Suria KLCC untuk 'preview' Canon Powershot G12. Apatah lagi aku dah berjanji dengan rakan-rakan, kenalah aku tunaikan.

Dengan keramahan dan tunjuk ajar dari 'Sales Executive' yang bernama Ryan Ng, kerja 'Preview' aku menjadi mudah dan mengambil masa yang singkat. Selepas mencuba fungsi-fungsi dalaman kamera ini aku pasti pilihan aku pada kamera ini. Cuma fungsi binadalam ND, tidak dapat aku cuba kerana tiada awan yang nak di 'snapshot'. Kepada mereka yang meminati imej awan yang berkepol-kepol, fungsi ini amat bersesuaian. 

Sila lihat imej yang terhasil, aku pasti ramai yang akan terpikat.



Sabtu, 17 Disember 2011

Jejak Upin dan Ipin

Upin dan Ipin

 3.00 petang - Akhirnya, sampai juga aku di Muzium Negara. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM12 untuk dewasa (pemegang MyKad) dan RM20 (tanpa MyKad) manakala kanak-kanak RM6 (MyKad) dan RM10 (tanpa MyKad).

Rasanya, bayaran yang dikenakan agak  tinggi dari apa yang ditawarkan. Maskot Upin & Ipin seperti yang diiklankan di dalam Majalah Upin & Ipin juga tidak muncul. Bolehlah aku ibaratkan, indah khabar dari rupa. Anak-anak aku juga, tercari-cari kerana mengikut iklan yang dijanjikan ...hampeh ....kesian pada anak-anak.

Upin dan Ipin
Upin dan Ipin

Majlis Cukur Jambul

11.00 pagi - Selepas ambil anak-anak dan pulang ke rumah, aku bersiap nak ke Teras Jernang, Bangi kerana ada Majlis Cukur Jambul. Yang menjadi perhatian aku ialah 'buah tangan' dari tuan rumah. Iaitu apricot, kurma, kismis, buah tin dan air Zam-Zam.

p/s - Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia. Ia diraikan, 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana si ibu masih berpantang atau belum sihat.


cukur jambul

Selepas meninggalkan majlis ini, aku teringin nak ke Mid Valley kerana nak ke kedai Kamera Canon. Dah sampai Mid Valley, susah pula nak cari tempat meletak kereta. Susah-susah aku terus ke Muzium Negara kerana ada acara Jejak Upin Ipin.

Coretan Hujung Minggu

8.30 pagi - Seperti biasa aku hantar anak-anak pergi belajar berenang. Sebelum itu kami bersarapan di Desa Pandan. Inilah tempat persinggahan aku setiap pagi sebelum pergi ofis. Di sini jugalah aku berjumpa perbagai ragam manusia dan berita semasa sebelum memulakan tugas aku di pejabat.


Selepas menghantar mereka, aku singgah di Tesco Ampang. Acara Karnival Mesra Belia masih berlangsung. Acara basikal dan larian marathon dah lepas. Masa aku sampai, Acara melukis dan mewarna untuk kanak-kanak sedang berlangsung.


Selepas menghabiskan masa selama dua jam di sini, aku melangkah pergi untuk mengambil anak-anak dari kolam renang.

Jumaat, 16 Disember 2011

Tesco Ampang


10.00 malam : Dalam perjalanan balik dari ofis, aku melalui Tesco Ampang. Kelihatan laluan ke situ agak padat. Rupanya ada pameran kereta yang diubahsuai. Agak menarik juga. Teringat aku semasa di Dataran Ipoh dulu (sila lihat post aku yang lepas). Mujurlah aku ada kamera 'handphone'. Dapatlah aku kongsikan gambar semasa di sana walaupun kualiti gambar kurang menarik.

Selepas sampai ke rumah, aku cuba selidik apakah acara yang sedang berlaku di Tesco Ampang. Rupa-rupa ada......


Tesco Ampang
Tesco Ampang
Tesco Ampang
Tesco Ampang
Tesco Ampang
Tesco Ampang





Khamis, 15 Disember 2011

Makan Tengahari

1.30 petang : Dari Plaza Pudu, kami melangkah ke sebuah gerai tepi jalan terletak di hadapan Plaza Pudu. Bau Kari yang menyengat hidup betul-betul membuat aku terasa lapar. Tak sabar rasanya nak menjamah makanan. Makan di sini memang sedap dengan suasana yang agak klasik. Bagi mereka yang meminati kari, boleh cuba makanan di sini.



Plaza Pudu

12.30 Tengahari : Selepas habis latihan "Fire Drill", aku dan geng bergegas ke Plaza Pudu. Apalagi cari kami Canon PowerShot G12 lah. Kami serbu kedua buah kedai iaitu YL Camera Service yang terletak di Tingkat Satu. Kedai ini agak terkenal dikalangan otai fotografer kerana ia mengamalkan sistem beli dan jual atau tukar beli.

YL Camera
YL Camera
 
Kedai seterusnya ialah Digital Mania terletak di tingkat bawah. Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih pada kedai pertama yang kami pergi kerana memberi peluang untuk kami mencuba Canon PowerShot G12. Tapi pilihan kami pada Digital Mania kerana harga yang ditawarkan kurang sedikit disamping tambahan percuma satu bateri .

Digital Mania

Di bawah adalah contoh2 imej yang terhasil dari percubaan Snapshot dari Canon Powershot G12.

sample Canon Powershot G12
sample Canon Powershot G12
sample Canon Powershot G12


Selepas menghabiskan selama satu jam di Plaza Pudu, kami bergegas keluar ke sebuah gerai untuk makan tengahari.  Dah lapar .....

"Fire Drill" di Technip

11.20 pagi - Sedang aku bersedap-sedap menyiapkan kerja, tiba-tiba "Fire Drill" berbunyi. Penghuni di Plaza Dijaya, Jalan Tun Razak terpaksalah menuruni tangga. Hari ini merupakan pertama kali latihan "Fire Drill" dilakukan. Aku terpaksa menuruni tangga dari Tingkat 16. Rasa pening pula aku sebab tak pernah menuruni tangga dari tempat tinggi. Kami berjalan sejauh lebih kurang 100 meter dan berkumpul di Wisma Technip. Mujurlah tempat berkumpul agak teduh. Kalau tak dah tentu ramai yang pengsan selepas berputar menuruni tangga. Kejadian ini berlaku sehingga pukul 12.00 tengahari. Apalagi aku sambung terus waktu makan tengahari di Plaza Pudu.

FireDrill
FireDrill

Rabu, 14 Disember 2011

Canon PowerShot G12

Dalam kesibukan rakan-rakan aku mencari kamera terbaik untuk dibeli, aku juga terseret sama mengikut rentak. Setelah puas mencari akhirnya bertemu juga dengan apa yang diminati setelah kami ke Ampang Park. 


Canon PowerShot G12
Setelah G12 menjadi pilihan, kamipun berlumba mancari informasi yang berguna untuk menyokong pilihan kami. Rasanya elok juga aku kongsikan bersama informasi yang telah dikutip ke dalam blog ini. Ini adalah antara produk yang aku tinjau.

Canon PowerShot G12

Canon PowerShot G12Kamera kompak canggih yang menawarkan kebebasan kereativiti dan fungsi manual DSLR. Mampu menghasilkan kualiti gambar yang baik dengan sistem HS Canon. Kamera ini menggunakan pemproses Canon DIGIC 4 dengan sensor berkualiti 10MP untuk menghasilkan gambar yang menakjubkan dengan gangguan yang diminimalkan, perincian tajam serta warna yang cemerlang.

Ciri hibrid IS nya, memberikan kestabilan gambar semasa gambar dirakam dalam keadaan bergerak atau bergoyang. Ia merangkumi pelbagai mod pengambilan gambar agar sesuai dengan tahap yang dikehendaki jurugambar. Selain fleksibiliti Manual Penuh dan semi-automatik, Keutamaan Aperture (Av), Keutamaan Shutter (Tv) dan Mod Program AE, kamera ini juga memberi ciri-ciri miniatur dan mod mata ikan (fisheye) untuk mereka yang inginkan gambar yang kreatif. Ciri-ciri lain yang penting adalah julat ISO yang tinggi serta skrin 2.8 inci Vari-Angle PureColor II VA (TFT). Terdapat juga aksesori WP-DC34 untuk rakaman dasar laut.



Canon PowerShot G12
WP-DC34 boleh juga disesuaikan dengan PowerShot G11
Harga runcit PowerShot G12 adalah RM1.899.00 dan harga bagi WP-DC34 adalah RM890.00.
Dilancarkan pada Disember 2010.



Selasa, 13 Disember 2011

Syoknya ! Tahap Sedap !

10.00 malam - Dah lama aku tak kena urut. Hari ni balik awal, ada masa sikit nak bersantai bolehlah aku berurut. Sakitnya kena urut sebab dah lama tak pekena tapi Syoknya ! Tahap Sedap.