Assalamualaikum !!!, Pantas masa berlalu, tahun 1432 hijrah bakal melabuhkan tirainya untuk memberi ruang kepada tahun baru, 1433H.
Sambutan Tahun Baru Maal Hijrah adalah satu Kebesaran Islam Rasmi Peringkat Negara yang disambut setiap tahun. Tahun ini diraikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".
Sebanyak 122 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan menyertai sambutan itu yang membabitkan 4,500 penyertaan.
Pada majlis sambutan itu, dua individu akan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Peringkat Antarabangsa yang masing-masing akan menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan.
Sambutan Maal Hijrah kali ini juga akan dipenuhi dengan pelbagai program termasuk Forum Perdana Khas Maal Hijrah yang membincangkan tajuk “Luruskan Saf”, serta majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara esok.
Selamat Menyambut Tahun Baru
(Maal Hijrah 1433H)
(Maal Hijrah 1433H)