Ahad, 30 Oktober 2011

Jeram, Selangor

Hari ini, aku berjalan-jalan ke Jeram. Perjalanan ini berpunca dari "Jemputan Perkahwinan" oleh pengasuh anak aku, Syazwan. Aku pula dah lama teringin nak ke Pantai Remis. Melalui peta yang diberikan, akupun terus ke rumah pengantin tetapi dengan was-was kerana pada jangkaan aku, Jeram terletak di Kuala Selangor tetapi di dalam peta menunjukan di Sungai Buluh. Memang tak sangka, kawasan Sungai Buluh ini amat luas. 


Selepas keluar dari rumah pengantin, aku ternampak sebuah kedai basikal. Harga basikal di sini agak murah jika dibandingkan dengan harga di KL. Akupun beli satu untuk hadiah Umairah, anak saudara isteri aku sempena Sambutan Hari Lahirnya pada petang nanti. 
Setelah selesai urusan pembelian basikal, aku sekeluarga terus ke Pantai Remis. Hairan betul, walaupun sekitar pantai kelihatan agak kotor dan tidak sesuai untuk berenang, tetapi kunjungan orang ramai dari perbagai daerah dan negeri membuatkan kawasan ini kelihatan meriah. Apa yang membuatkan kawasan ini tidak kering dari kunjungan orangramai ?. Pada pendapat aku, mungkin terdapat perbagai hidupan bercekerang dari laut seperti kerang dll. ditambah pula dengan perbagai gerai-gerai makanan terutama ikan bakar. Terdapat juga cerita yang mengatakan pada ketika dulu, terlalu banyak remis di pantai ini. Dari kejadian itulah, pantai ini mendapat namanya, Pantai Remis. 


Dalam perjalanan pulang dari Pantai Remis, aku terjumpa sepanduk tertulis "Cendol Bakar". Ini akan aku ceritakan di post akan datang.

Perjalanan ini agak singkat kerana aku terkejar nak ke Sambutan Hari Lahir Umairah di MacDonald, Pandan Mewah pada pukul 6 petang. Berpunca dari perjanan ini, akupun mula memasang cita-citta untuk meneruskan eksplorasi aku di sekitar sini, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan sterusnya ke Teluk Intan. 



Ahad, 16 Oktober 2011

Jualan Buku terbesar di MAEPS, UPM Serdang

04.00 petang : Selepas Acara Kayuhan OCBC, terlintas pula aku nak ke Pesta Buku di MAEPS, UPM Serdang. Hari ini merupakan hari terakhir. Buku yang dijual adalah buku berbahasa Inggeris yang diterbitkan dari US dan UK. Memang murah. Buku yang aku minat dah habis, yang tinggal hanya buku untuk kanak-kanak je. Beli jugalah .... boleh rebet cukai pendapatan ....

Selain dari Pesta Buku, terdapat juga jualan pokok bunga dan buah-buahan sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-35.

Muzium Tekstil Negara

11.00 pagi : Semasa berjalan balik dari Dataran Merdeka ke Masjid Negara, aku singgah sebentar di Muzium Tekstil. Suasana agak sunyi. Untuk panduan dan keterangan lengkap sila klik - > di Sini. Seperti biasa, aku selitkan gambar mengenai poster dan bahagian luar & dalam Muzium tersebut.


Acara Kayuhan OCBC 2011 - Hari Kedua

09.30 Pagi : Aku tiba di Dataran Merdeka agak lambat juga sebab banyak jalan ditutup untuk acara berbasikal. Terpaksalah aku letak kereta di Masjid Negara dan berjalan ke Dataran Merdeka. Suasana agak memuaskan juga .. terdapat perbagai rakam manusia begitu juga basikal. Banyak juga aksi yang aku terlepas rakam. Tapi aku rasa, Dataran Merdeka bukanlah tempat yang sesuai untuk acara ini. Kalau nak tahu suasananya, lihat foto. 

Acara ini berlangsung sehingga pukul 11.00 pagi. Selepas acara ni aku nak pergi ke bangunan berhampiran ... Muzium Tekstil ...


OCBC
OCBC
OCBC
OCBC
OCBC
OCBC
OCBC
OCBC
OCBC

Sabtu, 15 Oktober 2011

Medan Selera Bangunan MARA

6.00 petang : Selepas Acara Kayuhan OCBC dan penat berjalan, anak-anak sibuk nak makan. Lokasi biasa adalah Medan MARA. Pada asalnya nak ke pasar malam tapi tak larat nak berjalan. Akupun pandu kereta dari Dataran Merdeka dan terus ke Kompleks Pertama untuk Letak Kereta. Sebelahnya Medan MARA. Di sini ada Mama Grill Papa Chop, Sate Hj Samuri, Ani Sup Utara dan ada 2~3 gerai makan lagi. Jom Makan... 


Acara Kayuhan OCBC 2011 - Hari Pertama

04.45 petang : Acara Kayuhan anjuran OCBC yang julung kali diadakan mulai dari 14 - 16 Oktober 2011 di Dataran Merdeka. Untuk keterangan lanjut sila klik di sini. Acara ini akan bersambung esok pada pukul 6.30 pagi untuk peringkat dewasa dan profesional.

Kepada bakal peserta terutama rakan-rakan yang terbabit, aku nak ucap Selamat & Berjaya sampai ke destinasi kayuhan. InsyaAllah jumpa esok.

Lepas ni aku nak pergi makan ke Medan MARA ....Jom makan ...

OCBC
OCBC
OCBC
OCBC





Jumaat, 14 Oktober 2011

Suatu Pagi di Levain Boulangerie Patisserie


9.00 pagi : Buat pertama kali aku merasa belanja sarapan pagi dari pengurusan projek yang aku buat. Kalau nak tahu cerita lanjut buka blog rakan aku ni, Sila klik di sini.
Untuk info mengenai restoran  Sila klik di sini


Ahad, 9 Oktober 2011

Fenomena Halo Bulan

09.30 malam : Aku pelik kenapa anak bongsu aku asyik mendongak ke langit. Dia bertanya kanapa bulan asyik mengekori dia. Bagiku itu soalan lazim dan tak terasa apa-apa yang istimewanya bulan pada malam ini. 

11.00 malam : Adik aku pulak talifon, katanya ada sesuatu pada bulan... akupun keluar dan mendongak ke langit dan di bawah ini lah rupanya....entahlah bagaimana rupanya semasa anak aku melihatnya tadi ??? ... 

Aku pasti fenomena ni ada jawapannya di akhbar esok .... 



Inilah jawapan dari fenomena yang diambil dari akhbar Berita Harian bertarikh 10.12.2011 ....



KUALALUMPUR: Fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira jam 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad, berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer daripermukaan bumi. "Cahayabulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak. "Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya darimatahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais.

"Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais...ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah," katanya.

Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai "Sun Halo". Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi.

Lewat malam tadi, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang memuat naik gambar serta membincangkan tentang fenomena itu, yang dikatakan aneh serta menimbulkan pelbagai reaksi. - BERNAMA

Hari Koko dan Cokolat Malaysia 2011


Selepas ke acara KLPF, aku ke dewan sebelah. Kebetulan terdapat acara Hari Koko dan Coklat Malaysia yang dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) bertujuan untuk memberi maklumat mengenai fungsi dan kebaikan koko kepada orang ramai. Selain itu, LKM juga mempromosi coklat baru dari hasil penyelidikan LKM iaitu coklat anti oksida, coklat tenaga dan coklat tanpa gula yang kini berada di pasaran. 


Kuala Lumpur Photography Festival 2011

Acara ini berlansung dari 7hb. - 9hb. Oktober dari pukul 11 pagi - 9 malam, di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Untuk pejelasan yang lebih terperinci sila klik di sini.

Tema untuk pertandingan fotografi pada tahun ini, adalah "Black & White".

Pengunjung ke acara tahunan yang terhebat dan terbesar ini bakal mendapat :
1.  Pengalaman mencuba rekaan terbaru kamera digital, printer dan pengimejan di pameran lebih dari 80 jenama  utama.
2.  Pilihan dari pelbagai aksesori, alat dan perkhidmatan.
3. Menambah pengetahuan dari demonstrasi produk, perkhidmatan produk, tetamu undangan istimewa, pertunjukan pentas dan seminar.
4.  Pameran foto klasik.
5.  Peluang bergambar di "SNAP ZONE".
6.  Bergaul dengan jurugambar dari bidang yang berlainan.
7.  Menikmati perbagai 'slideshow' dan seminar di sesi Photomania.
8.  Menyelami pengalaman perjalanan yang menarik di Travel Mania.
9.  Bergambar serta berpeluang memenangi hadiah menarik dalam pertandingan dan aktiviti.
10. Berpeluang menyertai pelbagai acara yang menarik dan mengujakan.

Dan bagi aku sendiri ia adalah pengalaman dan peluang mengambil gambar model tanpa mengunakan Flash di tempat kurang cahaya. Memang semua gambar aku adalah tanpa menggunakan flash kerana ia nampak lebih natural. Sememangnya ini adalah pengalaman KLASIK yang mengujakan ..... 


Sila lihat gambar dibawah.