Rabu, 29 Disember 2010

Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT), Umbai Baru, Melaka

04.00 Petang : Setelah habis berurusan di Pusat Rawatan Rohaimi, aku cuba mencari sesuatu yang istimewa berhampiran dengan pusat rawatan ini. Untuk keterangan lanjut mengenai Pusat Rawatan Rohaimi sila klik di Sini

Akhirnya aku terjumpa Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT). Suatu tempat yang agak menarik juga. Pada masa kedatangan aku, kedai-kedai yang ada baru dibuka. Majoriti kedai di sini akan dibuka dari jam 5 petang sehingga 12 malam.


Sabtu, 18 Disember 2010

Sejenak di Dataran Ipoh

11.00 malam : Selepas ke Taman Rekreasi Gunung Lang, aku ke Dataran Ipoh. Meriah betul suasana di sini. Yang menarik perhatian adalah pertunjukan kereta yang diubahsuai terutama pada audio dan perbagai gerai makan.

Dah pukul 02.00 pagi, esok aku nak sambung perjalanan ke Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping dan Kuala Sepetang. Jumpa esok di Zoo Taiping ...


Syoknya ke Taman Rekreasi Gunung Lang

03.00 petang : Percutian aku bermula pada hari ni sehingga esok. Bermula untuk memenuhi suatu jemputan kenduri perkahwinan di Sungai Siput. Tak pernahpun aku jejak kaki ke Sungai Siput, cuma dengar nama je, itupun kerana tempat asal Samy Vellu. Untuk gambar kenduri kahwin tu, aku tak upload, tapi kalau nak, boleh request... 

Selepas selesai hal kenduri, adalah seorang teman ajak ke suatu tempat, katanya "tempat best"... Apa lagi, aku yang suka mengembara, ikutlah sambil tertanya-tanya..."Bagus ke tempatnya ???"... Haaa.. Bila sampai, terpegun juga aku tentang keunikan tempatnya... nampaklah gua batu kapur dan tasik yang menghening. Selama ni aku cuma lihat gua batu kapur dan disebelahnya kuil Hindu...haha......Batu Cavelah tuu... 

Dengan pemandangan yang indah dan tenang, akupun tak nak ketinggalan merakam gambar disamping rakan-rakan yang berposing sakan untuk bergambar. 

Ringkasnya, kalau sampai Ipoh, jangan lupa ke sini...Memang Best tempat ni..... Kalau tak percaya sila lihat gambar yang aku kepilkan di muka blog ni. 

Untuk penerangan dari Wikipedia Sila klik di sini dan Majlis Perbandaran Ipoh Sila klik di sini.





Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

03.00 petang : Percutian aku bermula pada hari ni sehingga esok. Bermula untuk memenuhi suatu jemputan kenduri perkahwinan di Sungai Siput. Tak pernahpun aku jejak kaki ke Sungai Siput, cuma dengar nama je, itupun kerana tempat asal Samy Vellu. Untuk gambar kenduri kahwin tu, aku tak upload, tapi kalau nak, boleh request...

Selepas selesai hal kenduri, adalah seorang teman ajak ke suatu tempat, katanya "tempat best"... Apa lagi, aku yang suka mengembara, ikutlah sambil tertanya-tanya..."Bagus ke tempatnya ???"... Haaa.. Bila sampai, terpegun juga aku tentang keunikan tempatnya... nampaklah gua batu kapur dan tasik yang menghening. Selama ni aku cuma lihat gua batu kapur dan disebelahnya kuil Hindu...haha......Batu Cavelah tuu...

Dengan pemandangan yang indah dan tenang, akupun tak nak ketinggalan merakam gambar disamping rakan-rakan yang berposing sakan untuk bergambar. Ringkasnya, kalau sampai Ipoh, jangan lupa ke sini...Memang Best tempat ni..... Kalau tak percaya sila lihat gambar yang aku kepilkan di muka post ini.